Ujian Penilaian Peribadi

bodykey-malaysia-woman-completing-bodykey-assessment.jpg

BERKUASA, DIPERIBADIKAN, SOKONGAN SAINTIFIK UNTUK PERJALANAN PENURUNAN BERAT BADAN ANDA

Ujian Penilaian Peribadi BodyKey ialah soal selidik yang disokong klinikal berasaskan, disahkan secara saintifik dan diketahui dapat memberikan impak paling besar terhadap penurunan berat badan.

Ujian Penilaian Peribadi BodyKey dibangunkan oleh saintis-saintis kesihatan terkemuka di Institut Kesihatan NUTRILITE (NHI). Ia merupakan penilaian komprehensif global yang pertama untuk menilai keputusan individu dalam enam komponen gaya hidup utama iaitu Diet, Aktiviti Fizikal, Cara Berfikir, Tidur dan Tabiat Makan. Ia juga menggunakan keputusan anda untuk menjana saranan peribadi berasaskan penyelidikan yang jika diikuti memudahkan pelbagai individu mengurangkan berat badan dan mengekalkannya.

Penilaian ini mengambil masa antara 15 hingga 20 minit, mudah, boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana jua dengan sesiapa sahaja dan anda boleh melihat keputusannya sejurus selepas itu. Berdasarkan keputusan penilaian anda dan panduan kepakaran saintifik Institut Kesihatan NUTRILITE dan Falsafah Kesihatan Optimum, program BodyKey oleh NUTRILITE menyarankan pelan pengurusan berat badan yang disesuaikan dan sihat serta direka khusus untuk anda dan gaya hidup anda. Anda boleh mengakses keputusan peribadi, Nasihat Sajian dan Nasihat Senaman dengan mudah pada bila-bila masa di BodyKey app 2.0.