BodyKey App ialah aplikasi mudah alih yang disepadukan dengan lancar sebagai sebahagian daripada Program BodyKey dan bertindak sebagai jurulatih peribadi dalam perjalanan penurunan berat badan anda. Ia tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Cari "BodyKey" oleh AMWAY.

BodyKey App 2.0 direka untuk:

  • Mengubah data mentah anda yang dikumpul daripada InBodyWATCH dan menjadikannya bermakna kepada anda.
  • Menyediakan Penilaian Peribadi BodyKey untuk menunjukkan laluan terbaik untuk anda dalam perjalanan penurunan berat badan.
  • Menyusun pelan diet dan aktiviti fizikal khusus untuk anda.
  • Mentafsir pola tidur anda.
  • Membolehkan anda mengatur pertandingan persahabatan dalam kalangan Rakan BodyKey anda.


BERMULA

Kod Induk yang diperoleh apabila membeli Kit Permulaan BodyKey ialah prasyarat untuk pengaktifan kali pertama keahlian BodyKey anda. Keahlian anda sah selama tiga (3) selepas pengaktifan. Dalam tempoh tiga tahun ini, anda boleh mengakses “Penilaian Peribadi BodyKey” menerusi BodyKey App 2.0 dan menilai keputusan dalam enam komponen utama gaya hidup yang menentukan kejayaan anda – Diet, Aktiviti Fizikal, Cara Berfikir, Tekanan, Tidur dan Tabiat Makan.